Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Michelle Chai buat laporan polis berhubung gangguan dan dakwaan hutang palsu
  • SEMASA

Michelle Chai buat laporan polis berhubung gangguan dan dakwaan hutang palsu

Utusan Sarawak 5 hours ago
ERIC TAY bersama Michelle Chai dan Kapitan Kueh Kui Hua di balai polis

KUCHING: Ahli SUPP, Michelle Chai telah membuat laporan polis berhubung satu siri gangguan serta tuduhan palsu yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi pesanan yang mendakwa beliau atau ahli keluarganya mempunyai hutang dengan pemberi pinjaman.

Chai berkata, laporan tersebut dibuat selepas individu tertentu dipercayai bertindak secara terancang menyebarkan khabar angin dan mesej melalui WhatsApp yang mengaitkan beliau dengan dakwaan hutang tersebut.

Menurutnya, tuduhan berasas itu telah menimbulkan tekanan emosi serta menjejaskan reputasi dan kehidupan hariannya.

“Saya telah mengesahkan sendiri dengan ahli keluarga terdekat bahawa tiada seorang pun daripada mereka pernah meminjam wang daripada pemberi pinjaman persendirian atau tidak berlesen. Sebarang cubaan mengaitkan hutang tersebut dengan saya adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mendakwa individu berkenaan menghantar mesej berunsur ugutan serta menyebarkan maklumat hutang yang didakwa itu kepada rakan dan rakan sekerja politiknya dengan tujuan menimbulkan salah faham serta menjejaskan reputasinya.

Chai berkata, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis selepas gangguan tersebut semakin melampau dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh.

“Jika benar ada pihak yang mendakwa saya berhutang, tunjukkan perjanjian pinjaman dan bukti. Menyebarkan tuduhan tanpa bukti boleh dianggap sebagai gangguan, fitnah dan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya, khususnya dua orang anaknya, susulan mesej ugutan yang diterima.

Chai turut memberi amaran kepada pihak yang terlibat supaya menghentikan penyebaran khabar angin dan gangguan tersebut atau berdepan tindakan undang undang.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Violet Yong gesa Jabatan Kebajikan bantu mereka yang gagal terima SKAS
Next: Polis tumpaskan geng pecah rumah sasar kediaman kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.