Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mexico failkan saman terhadap Google
  • GLOBAL

Mexico failkan saman terhadap Google

Utusan Sarawak 9 hours ago
SYARIKAT gergasi internet Google.

MEXICO CITY: Mexico telah memfailkan saman terhadap syarikat gergasi internet Google berhubung pelabelan ‘Gulf of America’ dalam perkhidmatan Peta Google, kata Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Jumaat.

Sheinbaum tidak banyak memperincikan butiran saman itu semasa sidang media hariannya. Google juga belum mengeluarkan sebarang komen, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pada Februari lalu, Google menukar nama Gulf of Mexico kepada Gulf of America bagi pengguna di Amerika Syarikat selepas Kerajaan AS secara unilateral menamakan semula kawasan perairan itu.
Bagi pengguna di luar AS, kedua-dua nama berkenaan masih dipaparkan.

Presiden AS ketika itu, Donald Trump, mengarahkan penamaan semula kawasan perairan di pantai selatan AS dan Pantai Timur Mexico sebagai menghormati ‘kehebatan Amerika’ sejurus selepas beliau memegang jawatan.

Nama semasa bagi teluk di pantai selatan AS itu telah digunakan sejak abad ke-16.

Perairan berkenaan meliputi negeri AS seperti Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida, selain turut bersempadan dengan Mexico dan Cuba. Menurut dekri Trump, penukaran nama itu terpakai sehingga ke sempadan maritim Mexico dan Cuba. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: China desak India, Pakistan bertenang dan berdamai
Next: India, Pakistan setuju laksana genjatan senjata serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.