MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Mekkhala

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
METMALAYSIA mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Mekkhala yang kini berada di timur laut Luzon, Filipina dan bergerak ke arah barat laut. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Mekkhala yang dikesan berada kira-kira 1,616 kilometer (km) di timur laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan taufan itu kini berada pada kedudukan 460km di timur laut Luzon, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 5.00 petang tadi, taufan berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 kilometer sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan maksimum 185km/j.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan taufan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.- Bernama