Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi sedia tinggal Barcelona
  • SUKAN

Messi sedia tinggal Barcelona

Utusan Sarawak 5 years ago

BINTANG Barcolena, Lionel Messi, 33 sedia meninggalkan Barcelona apabila kontraknya tamat pada musim panas tahun depan, menurut laporan di Sepanyol.

Dalam laporan itu, Messi membatalkan rundingan kontrak baharu dengan kapten Barcelona itu berang mengenai laporan media yang bocor mengaitkannya dengan pemecatan jurulatih, Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Pada masa sama, Stesen radio Sepanyol, Cadena Ser melaporkan Messi juga kecewa dengan kekurangan kualiti dalam pasukan dan mahu meninggalkan Barcelona pada penghujung musim depan.

Laporan itu mencetuskan spekulasi masa depan Messi dan penyerang itu berpotensi bergabung semula dengan bekas pengendali Nou Camp, Pep Guardiola.

Kontrak Guardiola bersama Manchester City turut tamat penghujung musim 2021 walaupun terdapat kemungkinan dia bakal menandatangani kontrak baharu di Stadium Etihad.

Messi menyinar di bawah Guardiola ketika mengendalikan Barca diantara 2008 sehingga 2012 dengan tiga gelaran La Liga, dua trofi Liga Juara-Juara dan dua Piala Dunia Kelab.

Ketika bintang Argentina itu kini tampak berada pada fasa seterusnya dalam karier, dia dua tahun lebih muda berbanding musuh ketatnya, Cristiano Ronaldo yang masih lagi beraksi pada tahap tinggi di Juventus.

Messi menjaringkan gol ke-700 ketika menentang Atletico Madrid, Selasa lalu tetapi dicemari dengan keputusan seri 2-2 sekali gus menjejaskan misi mereka mempertahankan gelaran La Liga.

Continue Reading

Previous: Leicester semakin ketinggalan
Next: Atletico terus gah tanpa kalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.