Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir umum penemuan gas baharu di Delta Nil
  • GLOBAL

Mesir umum penemuan gas baharu di Delta Nil

Utusan Sarawak 7 hours ago
MESIR umum penemuan gas baharu di Delta Nil. Foto hiasan.

KAHERAH: Mesir mengumumkan semalam, penemuan gas asli baharu di Delta Nil dengan anggaran pengeluaran sekitar 50 juta kaki padu sehari, menambah pengeluaran semasa negara itu sekitar 4.2 bilion kaki padu setiap hari, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral dalam kenyataan, penemuan itu dicapai berikutan kejayaan penggerudian telaga penerokaan ‘Nidoco N-2’ di kawasan konsesi yang dikendalikan oleh Eni Itali dengan kerjasama British BP.

Kementerian itu memaklumkan telaga berkenaan digerudi di darat menggunakan teknologi penggerudian berarah termaju, yang membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Jarak telaga dengan infrastruktur sedia ada adalah kurang dua kilometer dari kemudahan pengeluaran terdekat sekali gus membolehkan penyambungan segera ke rangkaian dan memasuki pengeluaran awal dalam masa beberapa minggu.

Kawasan pembangunan Abu Madi Barat dikendalikan oleh Eni dengan kerjasama BP dan Egyptian General Petroleum Corporation menerusi Petrobel iaitu usaha sama antara pihak berkuasa Mesir dan Eni.

Menurut kementerian itu, penggunaan domestik gas asli Mesir adalah sekitar 2.2 trilion kaki padu setiap tahun, dengan purata sekitar 6 bilion kaki padu sehari. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Operasi trafik udara di UAE kembali normal
Next: ‘Kedai buku tanpa buku’ dibuka di New York

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.