Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mesir tidak besarkan isu perubahan jersi Piala Dunia
  • SUKAN

Mesir tidak besarkan isu perubahan jersi Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
MESIR tidak dibenarkan meletakkan tujuh bintang mewakili gelaran Piala Negara-Negara Afrika pada jersi Piala Dunia kerana mengikut peraturan, simbol bintang hanya untuk juara dunia. Foto: AGENSI

BERLIN: Persatuan Bola Sepak Mesir (FA Mesir) berkata perubahan pada jersi Piala Dunia pasukan itu bukan dibuat pada saat akhir, sebaliknya telah dimaklumkan lebih awal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan kepada pasukan yang dibintangi Mohamed Salah itu bahawa mereka tidak dibenarkan meletakkan tujuh bintang mewakili tujuh gelaran Piala Negara-Negara Afrika di atas lambang pasukan kerana jersi Piala Dunia hanya boleh memaparkan bintang bagi gelaran juara dunia.

FA Mesir memberitahu dpa bahawa pihaknya telah menerima pemberitahuan daripada FIFA beberapa bulan lalu dan langkah sewajarnya telah diambil serta pengaturan dibuat dengan pihak berkaitan dalam tempoh yang mencukupi.

“Justeru, ini bukan perkembangan baharu atau sesuatu yang tidak dijangka menjelang permulaan kejohanan,” menurut FA Mesir.

Mesir juga perlu menukar nombor berwarna emas pada jersi kepada warna putih bagi meningkatkan keterlihatan.

FA Mesir berkata perkara itu juga merupakan keperluan organisasi dan teknikal standard.

Mesir akan membuka kempen Piala Dunia menentang Belgium esok, manakala Iran dan New Zealand turut berada dalam Kumpulan G. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 300 peserta jayakan Larian Senyap 5.0 di Sibu
Next: Percaturan Popovic berhasil, Australia tumbangkan Turkiye 2-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.