Mesir campur tangan konflik di Libya?

Facebook
WhatsApp
MENURUT El-Sissi, Mesir sedia memberikan senjata dan latihan untuk suku kaum di Libya bagi mempertahankan negara mereka. • Foto AFP

MESIR: Presiden Mesir memberi amaran akan campur tangan konflik di Libya jika militan disokong Turki cuba menyerang bandar Sirte.

Menurut Abdel Fattah El-Sissi, tindakan itu melangkaui garis merah dan Mesir perlu bertindak balas bagi melindungi sempadan baratnya sekali gus cuba mewujudkan kestabilan termasuk genjatan senjata ke Libya.

El-Sissi memberi amaran bahawa sebarang serangan ke Sirte atau Pangkalan Udara Jufra oleh militan yang menyokong PBB dan disokong kerajaan lemah Tripoli akan mencetus konflik yang lebih besar.

Justeru, beliau menyeru semua pihak bertelagah untuk kembali ke meja rundingan bagi mencapai penyelesaian politik.

Katanya, Mesir sedia memberikan senjata dan latihan untuk suku kaum di Libya bagi mempertahankan negara mereka.

Kenyataan El-Sissi hadir selepas pasukan Libya disokong kerajaan Tripoli awal bulan ini bergerak ke arah Sirte, satu tindakan yang mengabaikan inisiatif Mesir untuk menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan damai.-AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos