Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Menjadi hak anak Sarawak dapat pendidikan percuma, tiada diamalkan negeri lain
  • WILAYAH

Menjadi hak anak Sarawak dapat pendidikan percuma, tiada diamalkan negeri lain

Utusan Sarawak 5 months ago

SIBU: Kerajaan Sarawak terus komited memastikan setiap anak Sarawak memperoleh akses kepada pendidikan percuma. 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, percaya rakyat Sarawak berada dalam ‘masa yang sangat menarik dan mengujakan’ apabila membincangkan isu pendidikan. 

“Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan negeri komited menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar Sarawak. Tiada negeri lain di Malaysia yang mengambil langkah sebegini. 

“Hanya kerajaan Sarawak yang berani memastikan setiap pelajar di negeri ini diberikan peluang untuk belajar,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Kevin Lau pada Majlis Apresiasi SMK Kampung Nangka di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menegaskan bahawa pendidikan bukan sekadar keistimewaan, tetapi merupakan keperluan asas untuk kehidupan yang lebih baik serta penting bagi mencapai matlamat Sarawak yang makmur. 

“Usaha kerajaan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk keupayaan, tetapi kerana hak kepada pendidikan mesti dipenuhi jika kita berhasrat menjadi negeri berpendapatan tinggi. 

“Tiada sesiapa sepatutnya dinafikan pendidikan berkualiti hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran pengajian,” tambahnya. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengetua SMK Kampung Nangka, Azli da Mohd Nor. 

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Malam kebudayaan sempena Pesta Meradong 2024
Next: SK Sungai Petai jana hasil melalui program hidroponik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.