Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
  • GLOBAL

Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif

Utusan Sarawak 5 months ago

ANKARA: Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut stesen penyiar BFMTV yang memetik sumber syarikat pengendali menara SETE, satu daripada rel kuasa dalam lif menara itu mengalami litar pintas.

Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, mencetuskan penggera kebakaran pada 10.50 pagi (0950GMT).

SETE mengosongkan bangunan “selaras dengan prosedur keselamatan” dan tiada pelawat berada dalam bahaya.

Anggota bomba dan unit penyelenggaraan teknikal menara meneliti punca litar pintas. 

Operasi dijangka disambung secara berperingkat dengan akses ke tingkat dua dibuka semula kemudian, tambah stesen penyiar itu.– BERNAMA-AA

Continue Reading

Previous: Pegawai Vietnam dituduh di mahkamah kerana rasuah penerbangan semasa COVID-19
Next: Penduduk Kristian Gaza sambut Krismas dengan mendoakan kematian, kemusnahan berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.