Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Menang RM10,000 naikkan ikan aji-aji 40.08kg
  • SUKAN

Menang RM10,000 naikkan ikan aji-aji 40.08kg

Utusan Sarawak 10 hours ago
BAWA TUAH… Ikan aji-aji seberat 40.08 kilogram yang berjaya bawa tuah kepada Mohammad Taib Alikkan apabila muncul juara pada Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (MCIDSFT) edisi ke-13 bagi kategori individu.

MIRI: Seekor ikan aji-aji seberat 40.08 kilogram membawa tuah kepada seorang kaki pancing apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (MCIDSFT) edisi ke-13 bagi kategori individu.

Menerusi kemenangan tersebut, Mohammad Taib Alikkan, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala tempat kedua disandang PG Mohd Sufian PG Maidin yang berjaya mendaratkan ikan jenis ‘Dog Tooth’ seberat 17.56 kg sekali gus membawa pulang hadiah wang RM3,000.

KENANGAN…Para pemenang Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (MCIDSFT) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah di Jeti Marina Miri hari ini.

Tempat ketiga pula dimenangi Choi Yong yang berjaya menaikkan ikan jenis ‘Dog Tooth’ dengan berat 15.24 kilogram yang membolehkan beliau membawa hadiah wang tunai RM1,500.

Hadiah istimewa berupa wang tunai RM3,000 akan diberikan kepada peserta yang memecahkan rekod tangkapan terberat sebanyak 70.8kg dalam kategori ini.

Dalam kategori berpasukan pula, juara dimenangi Mohammad Taib Alikhan, PG Mohd Sufian PG Maidin dan Hardiman Jahar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

LIHAT…Ariffin Mohamad melihat jenis ikan yang berjaya dinaikkan oleh peserta Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (MCIDSFT) .

Naib juara pula dimenangi Felix Huong Chee Fung, Dennis Wong dan Tie Jou Wei yang membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.

Manakala, tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dimenangi Mohammad Awang Yusof, Sahrol Ali dan PG Musmah Boby Hardi.

Setiap pemenang juga menerima sijil penyertaan dan joran Shimano.

Bagi kategori khas, hadiah wang tunai RM1,000 menjadi milik Bong Teck Yew apabila beliau berjaya mendaratkan ikan jenis ‘Giant Trevally’.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad yang mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Jeti Marina di sini hari ini.

MCIDSFT edisi ke-13 berlangsung selama empat hari bermula 20 hingga 24 Mei itu menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000 untuk dimenangi menerusi tiga kategori.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pembangunan menyeluruh Lawas pacu kemajuan ekonomi, infrastruktur
Next: Beregu lelaki negara dominasi final Masters Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.