Pembangunan menyeluruh Lawas pacu kemajuan ekonomi, infrastruktur

Facebook
WhatsApp
TURUN PADANG…Awang Tengah turun ke jeti Tebingan Sungai Lawas untuk melihat lebih dekat perlumbaan perahu naga yang sengit antara pasukan bertanding. Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Pembangunan menyeluruh bandar Lawas bakal melibatkan kawasan bandar dan seberang Lawas yang akan membuka lebih banyak nikmat pembangunan untuk kegunaan rakyat sekali gus peluang ekonomi yang turut hadir bersama pembangunan tersebut.

BERSAING SENGIT…pasukan-pasukan daripada Lawas bersaing sengit dengan pasukan negara Brunei, Kuching, negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Foto: Adeng Edrus


Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, pembangunan ini turut meliputi perhubungan jalan raya bertaraf lebuhraya yang akan menghubungkan kawasan pesisir, Lebuh Raya Pan Borneo melalui negara Brunei ke Miri.

Manakala, Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) pula akan membuka kawasan di pergunungan daripada Lawas terus ke Miri tanpa melalui negara Brunei.

“Kita juga mempunyai perancangan untuk memperpanjangkan lagi tebingan sungai kita ini. Sekarang ini jambatan sudah dalam proses, ini akan memberi ruang  untuk memajukan pembangunan di Lawas.

“Kita sudah ada perancangan bagaimana hendak membangunkan kawasan bandar dan seberang iaitu pembangunan lebih menyeluruh untuk bandar Lawas ini, ” katanya sewaktu perasmian Perahu Naga Terbuka Lawas 2025 anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas di Tebingan Sungai Lawas petang tadi.


Selain itu, pembangunan seterusnya diikuti dengan pembinaan lapangan terbang baharu Lawas dan jeti pelabuhan Laut Dalam Pulau Sari Lawas yang semuanya akan dilaksana dalam tahun ini.

Oleh Adeng Edrus