Membina generasi bermaruah dengan menjauhi zina

Facebook
WhatsApp
SEBAHAGIAN pelancong asing menggunakan jeti pelancongan untuk ke pulau-pulau peranginan di daerah ini ketika tinjauan BERNAMA baru-baru ini. Sejak sekian lama, Semporna yang terletak di pesisir tenggara Sabah menghadap Laut Sulawesi, menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Foto BERNAMA

ZINA merupakan salah satu dosa besar yang diharamkan oleh Allah SWT kerana membawa kerosakan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat. Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina, malah melarang segala jalan yang boleh membawa kepada perbuatan tersebut.

Larangan ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan pemeliharaan kesucian keturunan, maruah manusia dan keharmonian kehidupan. Malah dunia moden hari ini, pelbagai cabaran seperti media sosial, pergaulan bebas, hiburan yang melampau serta pengaruh budaya luar menyebabkan umat Islam semakin terdedah kepada gejala zina.

Oleh itu, setiap Muslim perlu memahami hikmah di sebalik larangan tersebut serta berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh membawa kepada zina.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu ialah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan bahagian zina bagi setiap anak Adam. Dia pasti akan mengalaminya dan tidak dapat menghindarinya. Zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan berkata-kata, zina hati ialah dengan berangan-angan dan berkeinginan, manakala kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa maksud larangan “janganlah kamu menghampiri zina” dalam al-Quran menunjukkan bahawa segala perkara yang boleh membawa kepada zina, seperti pandangan yang tidak dipelihara, sentuhan yang haram dan berkhalwat, turut dilarang serta wajib dijauhi.

Mencegah Sebelum Terlambat

Sebelum sesuatu kemungkaran berlaku, Islam telah menetapkan garis panduan bagi mengelakkannya. Antaranya ialah perintah menundukkan pandangan, menjaga aurat, memelihara batas pergaulan serta menggalakkan perkahwinan bagi mereka yang berkemampuan. Semua perintah ini bertujuan menutup segala pintu yang boleh membawa kepada zina.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Nur, ayat 30)

Rasulullah SAW juga bersabda: “Tidaklah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan menjadi orang yang ketiga antara mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hikmah larangan zina amat jelas. Antaranya ialah memelihara kesucian nasab, menjaga maruah diri, mengelakkan keruntuhan institusi keluarga serta melindungi masyarakat daripada pelbagai masalah sosial seperti pembuangan bayi, perceraian, penularan penyakit berjangkit dan tekanan emosi.

Peranan Individu dan Masyarakat dalam Mencegah Zina

Mencegah zina bukan sekadar tanggungjawab individu, malah menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat. Setiap Muslim hendaklah memperkukuh iman melalui ibadah, memperbanyakkan bacaan al-Quran, berzikir serta menghadiri majlis ilmu.

Hati yang sentiasa dekat dengan Allah SWT akan lebih mudah menolak godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal, ayat 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah SWT, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah kuat iman mereka serta kepada Tuhan mereka bertawakal.”

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai agama.

Anak-anak perlu diberikan kasih sayang, didikan akhlak, pemantauan terhadap penggunaan media sosial serta bimbingan mengenai batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.

Di samping itu, komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak-anak dapat mengelakkan mereka daripada mencari perhatian di tempat yang salah.

Larangan menghampiri zina merupakan bukti kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya. Islam bukan sahaja melarang perbuatan zina, malah menutup segala jalan yang boleh membawa kepadanya demi memelihara maruah, keturunan dan kesejahteraan masyarakat.

Saidina Ali RA di Bawah Asuhan Rasulullah SAW

SAIDINA Ali RA berpindah dari rumah bapanya, Abu Talib, ke rumah Nabi Muhammad SAW. Di sana, beliau menyaksikan suatu corak kehidupan yang baharu. Beliau melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW mencari kebenaran.

Beliau juga menyaksikan baginda beribadah menurut agama Nabi Ibrahim AS, menjauhi amalan jahiliah serta mengasingkan diri di Gua Hira’ untuk beribadah kepada Allah SWT.

Di bawah asuhan Rasulullah SAW, Saidina Ali RA menerima perhatian dan kasih sayang yang mendalam. Justeru, beliau amat mengasihi Rasulullah SAW dan lebih banyak membesar di rumah baginda berbanding di rumah bapanya sendiri.

Oleh itu, sudah tentu beliau amat mencintai Rasulullah SAW sebagaimana seluruh masyarakat ketika itu menghormati dan mengasihi baginda.

Demikian juga, mustahil bagi beliau untuk tidak menghormati serta meneladani Rasulullah SAW kerana para pembesar Quraisy sendiri mengiktiraf baginda sebagai seorang yang amanah dan dipercayai.

Rasulullah SAW menjadi tempat rujukan masyarakat Quraisy dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan.

Baginda juga merupakan pembawa hidayah, pembimbing ke arah kebaikan dan pendidik sejati kepada Saidina Ali RA sejak usia kanak-kanak.

Saidina Ali RA membesar di rumah Nabi Muhammad SAW dalam naungan akhlak mulia baginda, di samping isteri baginda, Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA, seorang wanita yang bijaksana dan mulia.

Hasil gabungan didikan dua insan yang mulia itu, Saidina Ali RA membesar sebagai seorang kanak-kanak yang memiliki akhlak terpuji serta keperibadian yang luar biasa.

Di samping itu, beliau dibesarkan dalam petunjuk yang benar dan menjalani kehidupan yang bersih daripada segala amalan jahiliah.

Sesungguhnya Saidina Ali RA merupakan insan yang amat beruntung. Ketika kanak-kanak lain masih belum mengenal Allah SWT, beliau telah dipilih untuk mengenal Tuhan Yang Maha Agung sejak usia yang masih muda.

Ketika rumah kanak-kanak lain dipenuhi dengan berhala jahiliah, rumah tempat Saidina Ali RA dibesarkan pula dipenuhi dengan cahaya keimanan.

Oleh sebab dibesarkan di rumah Rasulullah SAW, Saidina Ali RA tidak pernah mengenali apatah lagi menyembah berhala-berhala Quraisy.

Oleh Hanzalah Azman

Hidup tidak akan sama

KITA sering berharap agar hari esok menjadi sambungan kepada hari ini. Kita mahu kesihatan yang sama, pekerjaan yang sama, keluarga