Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mekanik ditahan miliki dadah dalam Ops Tapis di Limbang
  • JENAYAH

Mekanik ditahan miliki dadah dalam Ops Tapis di Limbang

Utusan Sarawak 3 hours ago
MEKANIK SYABU… Suspek berusia 32 tahun ditahan bersama satu paket dadah jenis syabu dalam satu operasi khas di Kampung Patiambun, semalam. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Lelaki tempatan yang bekerja sebagai mekanik ditahan kerana memiliki dadah disyaki syabu dalam satu operasi khas di Kampung Patiambun, semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 2.10 petang menerusi Ops Tapis harian yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.30 gram yang cuba disorokkan suspek.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak pertengahan 2025.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah yang boleh membawa padah kepada diri sendiri dan keluarga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah atau jenayah diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Limbang di talian 085-211466, hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di talian 017-5929211 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Bayang gelap menyelinap masuk, komuniti Sarikei perlu berjuang pertahankan masa depan
Next: Lelaki ditahan kes curi motosikal di Tudan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.