Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MEDEVAC Bomba Miri pindah pesakit kritikal ke HUS
  • Utara
  • WILAYAH

MEDEVAC Bomba Miri pindah pesakit kritikal ke HUS

Utusan Sarawak 3 hours ago
 JBPM Miri melaksanakan operasi MEDEVAC menggunakan helikopter bagi memindahkan pesakit lelaki 36 tahun yang mengalami ruptured hepatocellular carcinoma dari Hospital Miri ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk rawatan lanjut. Foto: JBPM Sarawak

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Pangkalan Udara Wilayah Sarawak, Miri telah melaksanakan operasi penerbangan perubatan kecemasan (MEDEVAC) bagi memindahkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengalami ruptured hepatocellular carcinoma dari Hospital Miri ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching untuk rawatan lanjut.

Operasi pemindahan yang pada asalnya dijadualkan pada 22 Jun 2026 dan 24 Jun 2026 terpaksa ditangguhkan sebelum ini berikutan keadaan pesakit yang kurang stabil untuk dipindahkan melalui penerbangan udara.

Helikopter Mi-171 digunakan dalam operasi berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Miri 12.00 tengah hari menuju ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Kuching. Penerbangan itu melibatkan sembilan kru diketuai Pegawai Penjaga Bomba (PPjB) Sofian Ahmed @ Ibrahim bersama dua pegawai perubatan Hospital Miri serta isteri pesakit yang turut mengiringi.

 JBPM Miri melaksanakan operasi MEDEVAC menggunakan helikopter bagi memindahkan pesakit lelaki 36 tahun yang mengalami ruptured hepatocellular carcinoma dari Hospital Miri ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk rawatan lanjut. Foto: JBPM Sarawak

Pesakit tiba di BBP Tabuan Jaya 3.50 petang sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Hospital Umum Sarawak untuk tindakan rawatan lanjut.

Operasi penerbangan pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki itu berjalan lancar walaupun berdepan cuaca hujan pada awal penerbangan dan keadaan sedikit mendung ketika pendaratan di Kuching.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Penyertaan usahawan muda jadi tarikan utama Program Sarawakku Sayang Kapit
Next: PTTEP lancar Projek Orkid, perkasa komuniti dan kelestarian alam sekitar Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.