MDS lakukan terbaik

Facebook
WhatsApp
TUMPUAN RAMAI… Kelihatan orang ramai yang berada di pasar basah di RTC Bekenu sedang memilih dan membeli bekalan masing-masing semalam. • Foto ADUM LIU

ADUM LIU

BEKENU: Bahagian Kebersihan dan Kesihatan Majlis Daerah Subis (MDS) lakukan kerja terbaik menjaga orang ramai ketika berada RTC di sini semalam.

Tinjauan Utusan Sarawak di RTC Bekenu semalam, bahawa pihak MDS tegas menasihat orang ramai terus menggunakan penutup mulut dan hidung di tumpuan ramai.

Sehubungan itu, MDS juga menasihat dan tidak menggalakkan orang ramai untuk membawa budak kecil ke tamu sayuran dan pasar basah.

Turut difahamkan bahawa Bahagian Kebersihan Kesihatan MDA telah melakukan kerja pemantauan ini sejak penguatkuasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Usaha pemantauan itu diteruskan sebagai langkah berjaga dan membendung penularan serta menghapuskan rantaian virus berjangkit Covid-19 di zon hijau Daerah Subis.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh