Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDS anjur kempen pengumpulan minyak masak terpakai, Sabtu ini
  • Tengah
  • WILAYAH

MDS anjur kempen pengumpulan minyak masak terpakai, Sabtu ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEMPEN… Ayuh bersama sertai kempen pengumpulan minyak masak terpakai pada Sabtu ini. Foto Majlis Daerah Sarikei

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan menganjurkan kempen pengumpulan minyak masak terpakai pada Sabtu ini sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.

Program yang akan berlangsung di pekarangan pejabat MDS tersebut dijadual bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kempen tersebut menggalakkan orang ramai mengumpul dan menjual minyak masak terpakai berbanding membuangnya secara terus yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Melalui konsep “Waste to Wealth”, orang ramai yang menyertainya akan menerima ganjaran sebanyak RM3 bagi setiap kilogram minyak masak terpakai yang dihantar sepanjang program berlangsung.

Inisiatif tersebut turut dilihat mampu membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa secara lebih bertanggungjawab dan mampan.

Selain itu, ia juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya berkaitan penggunaan sumber secara bertanggungjawab dan pemeliharaan alam sekitar.

Penganjuran kempen tersebut turut mendapat kerjasama vendor, Timuran Kembangan Sdn Bhd.

Orang ramai khususnya warga Sarikei digalakkan mengambil peluang menyertai kempen sebagai usaha bersama memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jelajah Aspirasi Bebas Dadah meriahkan Niah, Sabtu ini
Next: DUN: Perkhidmatan asas di Engkilili perlu dipertingkat segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.