MDLBS sedia beri kerjasama jika SPR mohon ruang pameran persempadanan

Facebook
WhatsApp
PERSEMPADANAN SEMULA... SEMPURAI Petrus Ngelai berkata pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menyediakan ruang pameran kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak sekiranya menerima permohonan rasmi. Foto fail

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan ruang pameran kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak sekiranya menerima permohonan rasmi daripada agensi itu.

Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada SPR berhubung perkara berkenaan.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR)

Beliau berkata, MDLBS hanya menunggu permohonan rasmi daripada SPR dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya diperlukan, termasuk menyediakan lokasi bagi pameran kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak.

“Setakat ini, MDLBS belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada SPR. Namun, sekiranya permohonan diterima, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya, termasuk menyediakan ruang bagi pameran kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Pameran syor persempadanan semula itu kini menjadi perhatian pemerhati politik serta kepimpinan tempatan yang memantau rapat cadangan perubahan kawasan pentadbiran yang dijangka mempengaruhi landskap politik Sarawak pada masa akan datang.

Oleh Akun Giman

Lubok Antu tertinggi, IPU 182 pagi ini

KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 182, sekali gus berada dalam kategori tidak