Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS-TM perkukuh kerjasama tangani isu penutup lubang pembentung hilang
  • TEMPATAN

MBKS-TM perkukuh kerjasama tangani isu penutup lubang pembentung hilang

Utusan Sarawak 1 day ago
KUNJUNGAN diketuai Pengurus Besar Rangkaian Sarawak TM, Jafer Sadig Abdul Lathiff kepada Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng di Kuching hari ini.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi memperkukuh kerjasama menangani isu penutup lubang pembentung yang hilang di bandar raya ini.

Kunjungan tersebut diketuai Pengurus Besar Rangkaian Sarawak TM, Jafer Sadig Abdul Lathiff bersama Pengurus Besar Abdul Rahman Taha serta beberapa pegawai kanan syarikat itu. Perbincangan tertumpu kepada usaha berterusan memantau dan menggantikan penutup lubang pembentung yang rosak atau dicuri.

Menurut TM, pemantauan dan pemeriksaan berkala sedang dilaksanakan bagi memastikan pengesanan dan penggantian dapat dilakukan segera. MBKS juga akan diberikan pegawai hubungan khas untuk pelaporan.

KUNJUNGAN diketuai Pengurus Besar Rangkaian Sarawak TM, Jafer Sadig Abdul Lathiff kepada Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng di Kuching hari ini.

TM memberi jaminan semua laporan akan ditangani tanpa berlengah dengan keselamatan awam sebagai keutamaan.

Dato Wee menyambut baik inisiatif tersebut sambil menyatakan langkah proaktif itu mencerminkan tanggungjawab bersama terhadap keselamatan penduduk Kuching Selatan.

“Keselamatan awam adalah keutamaan kami iaitu melalui kerjasama rapat bersama TM, kita dapat bertindak balas lebih cepat, berkesan, dan mencegah risiko yang tidak perlu kepada komuniti,” katanya.

Kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan kerjasama erat melalui kemas kini berkala dan tindakan bersama bagi memastikan infrastruktur bandar raya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DAPSY Sarawak lodges police report against UMNO Youth Chief over march outside hardware store
Next: Tun Wan Junaidi luang masa bersama keluarga ke Pusat Beli-Belah Vivacity

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.