Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS perkukuh semangat kebersamaan melalui GongXi Raya
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS perkukuh semangat kebersamaan melalui GongXi Raya

Utusan Sarawak 3 days ago
KENANGAN..Dato Wee Hong Seng bersama tetamu kehormat yang lain dan warga kakitangan MBKS merakam gambar kenangan pada Majlis Sambutan GongXi Raya MBKS, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Perayaan GongXi Raya MBKS mencerminkan kekuatan perpaduan dalam kalangan warga Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), kata Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Beliau berkata, sambutan yang menggabungkan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya itu melambangkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga MBKS yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan.

“Ketika dunia semakin berdepan perpecahan, kita di Kuching memilih untuk bersatu dan mengukuhkan hubungan antara satu sama lain,” katanya pada Majlis Sambutan GongXi Raya bersama kakitangan MBKS, di sini.

Menurutnya, perpaduan perlu dipertahankan terutama dalam suasana global yang tidak menentu, termasuk kesan ketegangan antarabangsa yang memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat.

SEKITAR suasana Majlis Sambutan GongXi Raya MBKS, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

Sehubungan itu, beliau menggesa semua warga MBKS agar terus memperkukuh kepercayaan masyarakat melalui semangat kebersamaan dan kesiapsiagaan menghadapi cabaran.

Dalam pada itu, beliau menghargai peranan setiap kakitangan MBKS yang menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, walaupun tidak sentiasa terlihat.

Tambahnya, aspek seperti kebersihan bandar, keselamatan makanan, kemudahan awam dan respons perkhidmatan yang cekap merupakan asas kepada kepercayaan rakyat.

AMANAT…Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berucap pada Majlis Sambutan GongXi Raya MBKS, di Kuching, hari ini. Foto Norman B 

Beliau menegaskan perpaduan perlu diamalkan melalui integriti, layanan adil serta penggunaan sumber secara berhemah demi memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Projek Klinik Kesihatan Nanga Atoi siap, tingkat perkhidmatan kesihatan penduduk luar bandar
Next: Usahawan Dayak Sri Aman digesa rebut peluang kepesatan pembangunan infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.