Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS perkasa kesedaran iklim melalui Earth Hour 2026
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS perkasa kesedaran iklim melalui Earth Hour 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
AMANAT…Dato Wee Hong Seng berucap pada sidang media Earth Hour 2026, di sini, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan sekali lagi menyertai sambutan Earth Hour 2026 dengan memadamkan lampu di beberapa lokasi utama sebagai tanda solidariti terhadap usaha global menangani perubahan iklim.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, penyertaan itu mencerminkan komitmen berterusan MBKS dalam menyokong tanggungjawab alam sekitar serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan tindakan kolektif.

Menurutnya, Earth Hour bukan sekadar memadamkan lampu, sebaliknya menjadi simbol global yang membuktikan tindakan kecil mampu memberi impak besar apabila dilakukan secara bersama.

ALBEE Lim Xin Yu.-Foto Norman B

“Di Kuching Selatan, lampu akan dipadamkan selama satu jam, dari 8.30 malam hingga 9.30 malam di pejabat majlis, kemudahan awam, taman serta lokasi strategik lain, selaras dengan bandar-bandar di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dijangka menyertai program tersebut secara dalam talian dari Miri.

Selain itu, Majlis Daerah Sri Aman dipilih sebagai tuan rumah rasmi Earth Hour 2026 sebagai sebahagian daripada sistem giliran dalam kalangan pihak berkuasa tempatan di Sarawak.

RAKAM KENANGAN…Dato Wee Hong Seng bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangam pada sidang media Earth Hour 2026, di sini, hari ini.-Foto Norman B

Wee menambah, penyertaan pelbagai sektor pada tahun ini amat menggalakkan, melibatkan premis komersial, hotel, pusat beli-belah, institusi pendidikan serta organisasi korporat.

Antara yang terlibat ialah premis komersial di Taman Sahabat, beberapa hotel termasuk Kuching Park Hotel, Imperial Hotel dan Kingwood Hotel, serta pusat beli-belah seperti Vivacity Megamall, Aeroville Mall, AEON Mall, Farley Mall Everrise (Padungan) dan Boulevard Mall.

Turut serta ialah i-CATS University College serta syarikat korporat, Ibraco Berhad.

Dalam pada itu, MBKS juga akan memadamkan lampu di beberapa lokasi tumpuan termasuk Bangunan Dewan Bandaraya, Boulevard, Dewan Masyarakat, Medan Selera Song Kheng Hai, Pasar Komuniti Stutong, Pasar Kenyalang, Taman Sahabat, Arca Padungan dan White Cat.

Beliau berharap program itu dapat terus menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurut Wee, MBKS secara konsisten melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempromosikan kelestarian alam sekitar sejak sekian lama, termasuk program kitar semula serta kempen kesedaran awam.

Katanya, Earth Hour berperanan memperkukuh usaha berkenaan dengan menyatukan komuniti dalam satu tindakan bersama.

“Earth Hour bukan sekadar memadamkan lampu, tetapi tentang menyemarakkan kesedaran. Ia melibatkan perubahan minda, pembentukan tabiat serta tanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.

Beliau turut menggalakkan semua penduduk di kawasan Kuching Selatan untuk mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu jam serta memanfaatkan masa tersebut untuk merenung peranan masing-masing dalam menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan mampan.

Sementara itu, wakil Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan, Albee Lim Xin Yu berkata, Earth Hour turut mengingatkan bahawa usaha melindungi planet bukan hanya tanggungjawab orang dewasa, malah melibatkan generasi muda.

“Masa depan adalah milik kami dan tindakan hari ini akan membentuk dunia yang akan kami warisi,” katanya.

Tambahnya, mereka juga komited untuk terus belajar, berkongsi dan mengambil tindakan dalam melindungi alam sekitar bukan sahaja selama satu jam, tetapi setiap hari.

“Marilah kita bekerjasama menjaga Bumi kita kerana setiap tindakan kecil amat bermakna,” ujarnya.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 39 tahun dilaporkan hilang di Kampung Hulu Pusa, polis mohon bantuan orang ramai
Next: Sarang seranggaa berjaya dimusnahkan  anggota APM Beluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.