Sarang seranggaa berjaya dimusnahkan  anggota APM Beluru

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Beluru berjaya memusnahkan sarang serangga di blok B3 SMK Beluru dengan mengambil masa  kira-kira sejam. Foto : APM Beluru.

MARUDI : Pusat Kawalan  Operasi Daerah (PKOD ) Beluru menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mohon bantuan memusnahkan sarang serangga di blok B3.Kuarters SMK Beluru malam tadi.

Sebaik menerima panggilan tersebut sepasukan Anggota Pertahanan Awam (APM ) Beluru diketuai  Pbt. (PA) Sylvia Empiang Tukai bersama dua anggota lain bergerak ke lokasi lebih kurang 70 kilometer dari PKOD pada 8.32 pagi.

Setibanya ke lokasi anggota APM dari Skuad Bravo berjumpa dengan pengadu dikenali Syahrisan untuk mendapatkan maklumat kedudukan sarang serangga berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu anggota APM berjaya memusnahkankan sarang serangga tersebut jenis lebah madu menggunakan semburan baygon dan api.

Anggota APM bergerak pulang sebaik selesai menjalankan operasi pada 10.40.

Oleh Jiku Juguong