Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS nafi dakwaan ADUN Pending berhubung kadar cukai taksiran
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS nafi dakwaan ADUN Pending berhubung kadar cukai taksiran

Utusan Sarawak 23 hours ago
MBKS nafi dakwaan ADUN Pending isu cukai taksiran di Jalan Noakes.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menafikan dakwaan tidak tepat yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, berhubung peningkatan kadar cukai taksiran bagi kediaman di Jalan Noakes, Sungai Apong.

Menurut kenyataan MBKS, isu tersebut timbul selepas Violet membuat hantaran di media sosial tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Pihak majlis menegaskan bahawa tindakan mengeluarkan kenyataan tidak sahih boleh mengelirukan orang awam dan menjejaskan kepercayaan terhadap pihak berkuasa.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan maklumat yang tidak tepat. Sebelum ini, pernah berlaku dakwaan mengenai satu kes perubatan di Pusat Jantung yang akhirnya terbukti tidak benar serta menimbulkan kekeliruan awam,” jelas kenyataan itu.

MBKS menjelaskan bahawa semakan semula kadar cukai taksiran dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan bukan secara sewenang-wenangnya.

Kadar baharu mencerminkan perubahan pada keluasan lantai kediaman, termasuk pengubahsuaian atau tambahan seperti bumbung anjung kereta, penutupan dapur atau pembinaan semula bahagian rumah.

Setakat ini, lebih 30 bil taksiran telah disemak semula, sama ada mengalami peningkatan atau penurunan, bergantung kepada perubahan keluasan hartanah yang dilakukan oleh pemilik.

Sehubungan itu, MBKS menyeru agar pemilik hartanah yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung kadar taksiran baharu supaya terus berhubung dengan pihak majlis.

MBKS menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan ketelusan serta bersedia membantu penduduk memahami proses penilaian semula tersebut.

Dalam masa sama, MBKS menggesa ADUN Pending untuk mendapatkan maklumat tepat daripada pihak majlis sebelum membuat kenyataan di media sosial agar tidak mencetuskan kekeliruan serta mencerminkan kepimpinan yang bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan tersebut.

Continue Reading

Previous: 54 NGO di Repok terima cek MRP, sokong pembangunan komuniti akar umbi
Next: Generasi muda perlu fahami erti Hari Sarawak dan Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.