Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS jelaskan ketiadaan parkir bermusim di pusat bandar Kuching
  • TEMPATAN

MBKS jelaskan ketiadaan parkir bermusim di pusat bandar Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menjelaskan kebimbangan yang dibangkitkan di media sosial berhubung pelaksanaan sistem parkir pintar ‘Pay and Go’ di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chan Chin Ann, khususnya mengenai ketiadaan kemudahan parkir bermusim di kawasan terbabit.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menjelaskan kebimbangan yang dibangkitkan di media sosial berhubung pelaksanaan sistem parkir pintar ‘Pay and Go’ di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chan Chin Ann, khususnya mengenai ketiadaan kemudahan parkir bermusim di kawasan terbabit.

Beliau berkata, kawasan parkir yang terlibat sememangnya tidak pernah ditetapkan sebagai zon parkir bermusim, termasuk ketika di bawah sistem pengurusan parkir sebelum pelaksanaan ‘Pay and Go’.

Menurut beliau, parkir di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chan Chin Ann terletak di kawasan komersial sibuk dengan permintaan parkir yang tinggi sepanjang hari.

Katanya, pendekatan pengurusan parkir yang sama turut dilaksanakan di kawasan komersial bertrafik tinggi lain seperti di Jalan Main Bazaar, Carpenter Street dan Padungan, yang juga tidak menyediakan kemudahan parkir bermusim.

Dato Wee berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan akses parkir yang adil serta kadar pertukaran penggunaan parkir yang lebih tinggi untuk orang awam, pelanggan, pelancong, perkhidmatan penghantaran dan pengunjung perniagaan yang memerlukan parkir jangka pendek sepanjang hari.

Beliau menjelaskan bahawa sekiranya parkir bermusim dibenarkan di kawasan komersial sibuk, banyak petak parkir mungkin akan digunakan dalam tempoh panjang oleh kenderaan yang sama, sekali gus mengurangkan ketersediaan parkir untuk pengguna jalan raya lain serta menjejaskan akses kepada premis perniagaan di pusat bandar.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan pusat bandar, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) perlu mengimbangi keperluan perniagaan, pengunjung, penduduk dan pengguna harian sambil memastikan pengurusan trafik serta parkir yang cekap di kawasan permintaan tinggi,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan sistem ‘Pay and Go’ bukanlah satu sekatan baharu, sebaliknya meneruskan dasar pengurusan parkir sedia ada yang telah dilaksanakan sebelum ini di lokasi berkenaan.

Pada masa sama, Dato Wee berkata MBKS mengakui maklum balas dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai serta pengusaha perniagaan dan akan terus memantau serta menilai pelaksanaan sistem parkir pintar itu dari semasa ke semasa.

Katanya, penilaian tersebut akan mengambil kira keperluan operasi, aliran trafik, aktiviti perniagaan dan keselesaan awam secara keseluruhan.

Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang tepat melalui saluran rasmi sebelum membuat andaian atau menyebarkan kenyataan mengelirukan di media sosial.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Violet bantah pelan pembangunan semula kawasan perindustrian Pending
Next: DUN: Hak tanah NCR di Balingian perlu diberi perhatian serius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.