Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • MBKS, BMC sedia saringan kesihatan percuma untuk komuniti Bintawa
  • KESIHATAN

MBKS, BMC sedia saringan kesihatan percuma untuk komuniti Bintawa

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATO Wee Hong Seng (tengah) bersama wakil Pusat Perubatan Borneo (BMC) pada Sidang Media Program Saringan Kesihatan Pusat Perubatan (BMC) di MBKS hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Borneo (BMC) menganjurkan Program Saringan Kesihatan Komuniti Percuma yang berlangsung pada 12 Julai ini, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal penyakit.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, kerjasama antara MBKS dan BMC itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada komuniti.

Menurutnya, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan membuktikan peranan penting kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

POSTER rasmi Program Saringan Kesihatan Pusat Perubatan (BMC) yang bakal dianjurkan di  Tokong Heng Ann Thian Miau, Bintawa. Foto MBKS 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Pusat Perubatan Borneo (BMC) kerana bekerjasama dengan MBKS dalam menjayakan inisiatif bermakna ini.

“Komitmen berterusan mereka dalam membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti lebih dekat kepada masyarakat amat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Saringan Kesihatan Pusat Perubatan Borneo (BMC) di MBKS, hari ini. 

Antara pemeriksaan yang ditawarkan termasuk ujian paras gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah serta penilaian Indeks Jisim Badan (BMI), dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, kesihatan merupakan antara aset terpenting dalam kehidupan kerana membolehkan seseorang menjalani kehidupan lebih baik, menjaga keluarga serta menyumbang secara produktif kepada masyarakat.

“Pengesanan awal membolehkan seseorang mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan pada peringkat awal selain mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

“Pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan, dan pemeriksaan kesihatan mudah hari ini mampu memberi perubahan besar terhadap masa depan seseorang,” ujarnya.

Wee menambah, kerjasama antara MBKS dan BMC sebelum ini turut berjaya melaksanakan beberapa program saringan kesihatan komuniti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan serta Pasar Komuniti Kenyalang yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Katanya, kejayaan itu mendorong kedua-dua pihak untuk meneruskan penganjuran program sama di lebih banyak kawasan kejiranan supaya lebih ramai penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persekutuan Persatuan Buddha Sarawak dan Tay Motor atas sumbangan 400 pek beras seberat 5 kilogram untuk diagihkan kepada peserta terawal.

Beliau turut menggalakkan penduduk terutama di sekitar Bintawa dan kawasan berhampiran mengambil peluang menyertai program berkenaan bagi mengetahui status kesihatan masing-masing serta mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan.

“Saya menyeru orang ramai supaya menjadikan kesihatan sebagai keutamaan dan menggalakkan ahli keluarga, rakan serta jiran untuk bersama-sama menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Program Saringan Kesihatan Komuniti Percuma itu akan berlangsung pada Ahad ini, 12 Julai 2026, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Tokong Heng Ann Thian Miau, Bintawa. 

Oleh Adele Rissa 

Continue Reading

Previous: Bayi menangis ketika menyusu rupakan petanda tongue Tie 
Next: Kes denggi nasional melepasi 40,000, Sarawak turut meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.