Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS, BMC perluas saringan kesihatan komuniti di Kenyalang Park
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS, BMC perluas saringan kesihatan komuniti di Kenyalang Park

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATO Wee Hong Seng ketika ditemui media pada program saringan kesihatan komuniti anjuran MBKS dan BMC di Pasar Kenyalang Park, di sini hari ini. Foto: Adele Rissa 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) memperluaskan program saringan kesihatan komuniti bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit, khususnya dalam kalangan penjaja dan penduduk setempat.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, inisiatif berkenaan dimulakan dengan pelaksanaan saringan kesihatan dalam kalangan kakitangan MBKS sebelum diperluaskan kepada komuniti setempat melalui kerjasama strategik bersama BMC.

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kesedaran kesihatan awam, malah memastikan masyarakat lebih cakna terhadap kepentingan pemeriksaan awal bagi mencegah penyakit serius.

“Bagi mereka yang dikenal pasti berisiko, kita bekerjasama dengan BMC untuk menyediakan kadar khas yang lebih mampu milik bagi pemeriksaan kesihatan menyeluruh. 

“Dan semua ini perlu bermula dari rumah. Sebab itu kita terlebih dahulu menjalankan saringan kesihatan dalam kalangan kakitangan,” katanya.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng turut menjalani saringan kesihatan sebagai sebahagian daripada program kesedaran kesihatan komuniti anjuran MBKS dan BMC di Pasar Kenyalang Park hari ini. Foto: Adele Rissa 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Inisiatif Kesihatan Komuniti MBKS dan BMC, Pasar Kenyalang Park di sini, hari ini. 

Menurutnya, program berkenaan kemudiannya dibawa ke ruang awam seperti pasar bagi membolehkan lebih ramai penduduk mendapatkan akses pemeriksaan kesihatan secara mudah dan berpatutan.

Beliau berkata, penjaja merupakan antara kumpulan yang diberi perhatian kerana rutin kerja mereka yang padat menyebabkan ramai kurang memberi tumpuan terhadap kesihatan diri.

“Ramai penjaja keluar awal pagi dan pulang lewat petang. Mereka bekerja keras mencari rezeki sehingga kadang-kadang kesihatan sendiri terabai. Sebab itu kita mahu bawa perkhidmatan ini terus kepada mereka,” ujarnya.

Wee menambah, usaha berterusan perlu dilaksanakan memandangkan Sarawak sedang menuju ke arah masyarakat menua menjelang 2028, sekali gus memerlukan rakyat yang bukan sahaja berumur panjang tetapi berada dalam keadaan sihat.

KOMUNITI setempat menjalani saringan kesihatan sempena program kesihatan komuniti anjuran MBKS dan BMC di Pasar Kenyalang Park, hari ini. Foto: Adele Rissa 

“Apabila kita bercakap tentang masyarakat menua, kita bukan sekadar mahu rakyat hidup lebih lama, tetapi juga mahu mereka menikmati kehidupan yang sihat dan berkualiti,” katanya. 

Menurutnya, program seumpama itu akan diperluaskan ke kawasan lain termasuk penempatan semula dan kawasan perumahan kos rendah pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat.

Oleh Adele Rissa 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan asas lahir generasi berilmu, berdaya saing
Next: Pentas akhir Pertandingan Warisan Kanak-Kanak nilai lebih daripada sekadar pakaian tradisi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.