Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Maybank raih untung bersih RM2.54 bilion pada suku ketiga
  • BISNES

Maybank raih untung bersih RM2.54 bilion pada suku ketiga

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Maybank berkata pendapatan pada suku tahun itu juga meningkat kepada RM16.69 bilion daripada RM16.02 bilion sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, Maybank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM7.56 bilion, peningkatan 8.5 peratus daripada RM6.96 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah (NOII) serta peningkatan fi teras dan prestasi insurans.

Pendapatan juga meningkat kepada RM52.21 bilion daripada RM47.34 bilion sebelumnya.

Selain itu, dalam kenyataan berasingan, Maybank berkata pendapatan operasi bersih bagi tempoh sembilan bulan turut meningkat 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM22.15 bilion didorong oleh NOII lebih tinggi sebanyak 26.0 peratus kepada RM7.49 bilion berbanding 2023, dirangsang oleh pertumbuhan kukuh dalam fi teras yang meningkat 13.4 peratus.

Pinjaman kumpulan juga berkembang sebanyak 4.8 peratus tahun ke tarikh pada 30 September 2024, meningkat sebanyak lapan peratus, 14.5 peratus dan 8.9 peratus bagi pasaran tempatan, masing-masing di Malaysia, Singapura dan Indonesia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia
Next: Ringgit susut selepas Trump umum tarif kepada Mexico, Kanada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.