Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat mangsa kedua tragedi lemas di Simpang Lapok ditemui
  • Utara
  • WILAYAH

Mayat mangsa kedua tragedi lemas di Simpang Lapok ditemui

Utusan Sarawak 12 hours ago
MAYAT mangsa dibawa ke kuarters pekerja dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, pagi tadi.

BEKENU: Mayat seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di parit buatan Ladang Surai, Simpang Lapok, Jalan Beluru–Long Teru semalam, berjaya ditemukan pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat mangsa kedua ditemui orang awam sekitar 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, selepas paras air di kawasan itu mulai surut.

Mangsa kemudian dibawa ke kuarters pekerja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi.

Semalam, rakan mangsa turut ditemukan meninggal dunia oleh penduduk sebelum ketibaan pasukan Bomba.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mandi bersama beberapa rakan lain di parit buatan berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada 11.06 pagi selepas penemuan mangsa terakhir.

Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Projek pembinaan Pejabat Daerah Kecil Debak bermula, tapak diserahkan 15 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.