Projek pembinaan Pejabat Daerah Kecil Debak bermula, tapak diserahkan 15 Disember

Facebook
WhatsApp
PELAN bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Debak yang dijangka memulakan pembinaan pada 15 Disember 2025.

DEBAK: Mesyuarat Permulaan Projek bagi Projek Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Debak berlangsung hari ini di Pejabat Pusat Khidmat N.35 Saribas, di sini.

Mesyuarat tersebut turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga ADUN Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Dalam sesi tersebut, beliau turut diberikan taklimat teknikal oleh Jurutera Bahagian JKR, Jason Ng Boon Tuan berhubung pelaksanaan projek, termasuk perkembangan terkini dan jadual pelaksanaan.

Penyerahan tapak kepada kontraktor dijadualkan pada 15 Disember ini, dengan tempoh pembinaan selama 20 bulan.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan satu blok pejabat pentadbiran, kerja luar seperti tempat letak kereta, sistem perparitan serta kerja mekanikal dan elektrikal.

DATUK Razi Sitam bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Mesyuarat Permulaan Projek bagi Projek Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Debak berlangsung hari ini.

Beliau menyatakan rasa puas hati dengan penerangan yang dibentangkan dan menasihatkan pihak kontraktor agar melaksanakan kerja mengikut spesifikasi serta jadual yang ditetapkan.

Hadir sama Pegawai Daerah Kecil Debak, wakil Pejabat Residen, ketua-ketua komuniti, pegawai JKR Bahagian Betong dan pihak kontraktor.