Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki ditemui dalam rumah terkunci di Taman Sri Jaya
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki ditemui dalam rumah terkunci di Taman Sri Jaya

Utusan Sarawak 2 days ago
Anggota bomba sedang memberi bantuan untuk membuka pintu tersebut yang pintunya terkunci di Taman Sri Jaya, di sini pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak 

SIMANGGANG: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah rumah yang pintunya berkunci dari dalam, di Taman Sri Jaya, di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar 11.15 pagi.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, mereka mendapati pintu rumah tersebut berkunci dari dalam. Laporan orang awam juga menyatakan terdapat bau kurang menyenangkan yang terhidu dari dalam rumah berkenaan.

Pihak PDRM kemudian meminta bantuan bomba untuk membuka pintu tersebut. 

Anggota PKO yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan penilaian awal sebelum menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu secara paksa.

Selepas pintu berjaya dibuka, pasukan menemui jasad seorang lelaki yang telah meninggal dunia di dalam rumah. Pihak hospital yang hadir di lokasi mengesahkan kematian mangsa.

Kes tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi melibatkan sembilan anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Noor Faqriakmal.

Punca kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Mangsa lemas di Julau ditemui tiga meter dari lokasi hilang
Next: Woman dies in motorcycle crash at KM52 Kuching-Serian Road

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.