Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Maut ketika bertugas: Pengawal keselamatan terbabas di Vista Perdana
  • KEMALANGAN

Maut ketika bertugas: Pengawal keselamatan terbabas di Vista Perdana

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERBABAS… Mangsa ditemui terduduk di tepi jalan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas semasa menjalankan rondaan keselamatan di kawasan perumahan Desa Bahagia, Vista Perdana, Permyjaya di Miri, kelmarin. Foto Ihsan Polis

MIRI: Seorang pengawal keselamatan berusia 74 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di kawasan perumahan Desa Bahagia, Vista Perdana, Permyjaya di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan malam tadi, berkata kejadian berlaku kira-kira 4.00 petang ketika mangsa sedang menjalankan rondaan keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.

“Semasa melakukan rondaan, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri sekitar 12.15 tengah hari Ahad,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” tambah beliau.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki Hilang di Hutan Kemuyang Ditemui Selamat
Next: Penunggang motosikal maut kemalangan tiga kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.