Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Matlamat Kampung Angkat MADANI, isu PAJSK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • NASIONAL

Matlamat Kampung Angkat MADANI, isu PAJSK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 10 months ago

KUALA LUMPUR: Isu matlamat pelaksanaan Kampung Angkat MADANI, kriteria pemilihan sesebuah kampung serta kelebihan dinikmati terutama melibatkan prasarana, kemudahan dan pembangunan ekonomi antara perkara akan dibincangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu dikemukakan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) meminta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada prosedur terkait Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) berbeza bagi sekolah selain di bawah kementerian itu susulan isu pelajar cemerlang tidak mendapat tempat di universiti pilihan pertama atau Sekolah Berasrama Penuh kerana markah kosong.

Beliau juga ingin tahu tindakan bagi kes seperti ini dan langkah-langkah penyelesaian yang akan diambil agar isu itu tidak berulang.

Selain itu, Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Menteri Digital menyatakan antara lain jumlah pengguna telah mendaftar MyDigital ID, strategi kerajaan menggalakkan pendaftaran dalam kalangan penjawat awam dan perancangan kerajaan untuk memperluas penggunaan MyDigital ID kepada sektor perbankan dan kewangan.

Pada sesi soal jawab, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan pelan memperkasakan Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk memastikan tenaga kerja negara dilatih bagi memenuhi keperluan industri, termasuk industri berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) pula meminta Menteri Ekonomi menyatakan ketersediaan kerajaan dari segi data dan mekanisme untuk melaksanakan penyasaran subsidi melibatkan bahan keperluan lain termasuk beras.

Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) turut mengajukan soalan kepada Menteri Ekonomi berhubung inisiatif kerajaan meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera dan bagaimana untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan Bumiputera dalam sektor berimpak tinggi.

Usai sesi itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari sehingga 18 Julai ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Menteri dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya
Next: Dewan Rakyat lulus Pindaan Akta 574, kekang jenayah guna akaun keldai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.