Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mata wang Korea Selatan jatuh ke paras terendah dalam 17 tahun
  • BISNES

Mata wang Korea Selatan jatuh ke paras terendah dalam 17 tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

SEOUL, Korea: Mata wang won Korea Selatan jatuh ke paras terendah berbanding dolar AS sejak 2009 hari ini, berikutan pelabur asing terus menjual saham tempatan di tengah-tengah harapan yang kian pudar terhadap penyelesaian diplomatik bagi ketegangan di Asia Barat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Won didagangkan pada paras 1,539.1 won bagi setiap dolar AS pada 3.30 petang, susut 9.4 won berbanding sesi sebelumnya, sekali gus mencatat paras paling lemah sejak 9 Mac 2009.

Won dibuka pada paras 1,529 won bagi setiap dolar AS, meningkat 0.7 won daripada penutupan sesi sebelumnya, namun kembali menyusut apabila pelabur asing melepaskan pegangan saham tempatan.

Pada satu ketika semasa dagangan Jumaat, won merosot kepada 1,549.1 won bagi setiap dolar AS, mencatat paras paling lemah dari segi dagangan intrahari sejak 10 Mac 2009.

Penyusutan won berlaku meskipun pihak berkuasa berjanji mengambil langkah bagi menangani ketidaktentuan melampau dalam pasaran pertukaran asing.

Hari ini, pelabur asing mencatat jualan bersih saham tempatan bernilai 3.5 trilion won (AS$2.3 bilion). Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih saham tempatan bagi sesi dagangan ke-20 berturut-turut. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia kekal kukuh disokong sentimen pelabur lebih baik
Next: Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong aktiviti belian saham berharga rendah berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.