Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masyarakat Tanjong Datu sokong GPS
  • TEMPATAN

Masyarakat Tanjong Datu sokong GPS

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Jamilah bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar bersama jentera PBB/GPS Tanjong Datu selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Parti PBB Cawangan Tanjong Datu 2020, semalam.

LUNDU: Masyarakat Tanjong Datu bersatu hati memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN0 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, kerajaan yang diterajui Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu bersifat sentiasa prihatin dan menjaga kepentingan rakyat terutamanya ketika penularan wabak Covid-19, di negeri ini.

“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), GPS menjadi tulang belakang kerajaan dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan sumbangan untuk membantu rakyat di Sarawak,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Parti PBB Cawangan Tanjong Datu 2020, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Badan Induk, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Beliawanis Tanjong Datu yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

“Kerjasama ini dapat dilihat apabila negara dilanda Covid-19 dan ia tidak menghalang untuk memainkan peranan masing-masing bagi membantu rakyat di Tanjong Datu,” ujarnya.

Jamilah menegaskan, PBB Tanjong Datu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika pilihan raya umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, selaku wakil rakyat beliau akan memastikan penerangan mengenai PBB dan GPS dengan norma baharu termasuk panduan pencegahan Covid-19 semasa PRU dan pilihan raya kecil (PRK) serta senario politik terkini dan perancangan strategik ke arah PRN-12 turut diadakan.

“Ini termasuk penerangan tentang Perkembangan Jerayawara GPSTanjong Datu dan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) Tanjong Datu,” ujarnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: 26 PATI diberkas di ‘jalan tikus’
Next: 13,500 liter diesel dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.