Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Masjidil Haram sambut kumpulan jemaah haji pertama
  • GLOBAL

Masjidil Haram sambut kumpulan jemaah haji pertama

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JEMAAH haji dibawa melawat beberapa lokasi bersejarah di sekitar Masjid Nabawi, bermula di Saqifah Bani Sa’idah, diikuti dengan lawatan ke Masjid Al-Ghamamah dan Masjid Saidina Abu Bakar. Foto BERNAMA

MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi semalam menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Mereka disambut dengan hadiah dan buku kesedaran berbilang bahasa yang bertujuan untuk mempromosikan toleransi, kesederhanaan, kebaikan, kedamaian, dan perpaduan Islam.

Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan komitmen presiden untuk meningkatkan pengalaman rohani jemaah haji melalui inisiatif digital yang luar biasa.

Usaha ini memudahkan akses kepada perkhidmatan keagamaan dan menyampaikan mesej sederhana kedua-dua masjid suci di seluruh dunia, sejajar dengan aspirasi kepimpinan dan nilai toleransi dan kesederhanaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 92 peratus bayi di Gaza kekurangan akses pemakanan asas – PBB
Next: 12 maut, 30 cedera dalam nahas babitkan 5 kenderaan di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.