Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Masjid, surau di Sarawak diarah laksana Solat Hajat Bencana Banjir hari ini
  • SEMASA

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana Solat Hajat Bencana Banjir hari ini

Utusan Sarawak 3 months ago
PEMANDANGAN kawasan banjir di Bintulu yang dirakam oleh Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, semalam. Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 8.00 pagi, semalam, apabila seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Berdasarkan laporan terbaharu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga semalam. Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa banjir yang teramai pada 1,481 mangsa daripada 396 keluarga yang ditempatkan di enam PPS, diikuti Serian dengan 1,442 keluarga daripada 446 keluarga di 15 PPS. Jumlah daerah yang terjejas juga meningkat kepada 14 berbanding 12 sehingga 8.00 malam tadi dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 buah kepada 47 buah. FotoBERNAMA

SIBU: Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat, hari ini.

Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud, dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak.

Pekeliling tersebut menyatakan bahawa Majlis Islam Sarawak menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap bencana banjir yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Bahagian Serian, Bintulu, dan Miri, yang telah menjejaskan kehidupan penduduk serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Setakat pagi ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga.

Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terkini: 7,669 mangsa kini ditempatkan di 52 PPS, majoriti di Bintulu
Next: Mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.