Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Darussalam terima van jenazah baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid Darussalam terima van jenazah baharu

Utusan Sarawak 3 months ago
TANGGUNGJAWAB SOSIAL… Datuk Nurlaila Said menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Ismail Razali sambil disaksikan Iskandar Turkee semasa Program Mobiliti TH, hari ini.

BINTULU: Lembaga Tabung Haji (TH) terus komited melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Darussalam di Kampung Baru, di sini hari ini menerusi Program Mobiliti TH.

Acara simbolik penyerahan replika kunci disampaikan oleh Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said kepada Pengerusi Masjid Darussalam, Ismail Razali.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Menurut Datuk Nurlaila Said, Program Mobiliti TH merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH yang memanfaatkan hasil kutipan zakat bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

“Tabung Haji komited dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif termasuk penyediaan kemudahan asas seperti van jenazah bagi kegunaan masjid dan surau,” katanya.

Program yang dilancarkan sejak 2016 itu bertujuan menyediakan kenderaan pelbagai fungsi, khususnya bagi masjid luar bandar untuk pengurusan jenazah dan aktiviti komuniti.

“Hingga kini, 136 unit van dwifungsi telah disalurkan ke seluruh negara, memberi manfaat kepada lebih 300,000 ahli kariah masjid, surau serta pusat kebajikan,” tambahnya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi keperluan penduduk setempat di Bintulu, khususnya dalam urusan pengurusan jenazah dan pelbagai program keagamaan.

Pada 2024, TH telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta dana zakat untuk membekalkan 17 unit van dwifungsi kepada masjid dan surau di seluruh negara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Awasi keselamatan, pantau perkembangan semasa
Next: Banjir: Akses jalan ‘lumpuh’, terputus hubungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.