Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Baru Maludam jadi sasaran vandalisme, ADUN Lingga mahu tindakan tegas
  • Selatan
  • WILAYAH

Masjid Baru Maludam jadi sasaran vandalisme, ADUN Lingga mahu tindakan tegas

Utusan Sarawak 4 hours ago
DAYANG Noorazah melakukan tinjauan ke Masjid Baru Maludam bagi melihat sendiri keadaan sebenar selain mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk sekitar berhubung kejadian yang berlaku. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Kemudahan awam dan rumah ibadah perlu dipelihara bersama bagi memastikan keselamatan komuniti serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan, vandalisme, kecurian serta aktiviti jenayah di kawasan Masjid Baru Maludam yang kini menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Menurut beliau, rentetan aduan yang diterima daripada penduduk kampung, satu mesyuarat bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong telah diadakan bagi membincangkan tindakan susulan termasuk penilaian teknikal terhadap kerosakan melibatkan kemudahan di Masjid Baru Maludam.

Katanya, peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang asalnya diperuntukkan untuk kerja penambahbaikan dan menaik taraf kemudahan masjid kini terpaksa digunakan bagi tujuan pembaikan serta pemulihan kerosakan akibat perbuatan vandalisme dan tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

Dayang Noorazah turut melakukan tinjauan ke lokasi bagi melihat sendiri keadaan sebenar selain mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk sekitar berhubung kejadian yang berlaku.

Hasil tinjauan mendapati beberapa kemudahan masjid mengalami kerosakan termasuk karpet rosak, siling dirobohkan, pintu masjid rosak serta kejadian kecurian kabel elektrik. 

DAYANG Noorazah melakukan tinjauan ke Masjid Baru Maludam bagi melihat sendiri keadaan sebenar selain mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk sekitar berhubung kejadian yang berlaku. Foto: ADUN Lingga

Turut ditemui bekas rokok dan tin minuman keras di kawasan sekitar yang mencemarkan kesucian rumah ibadah berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak kampung, kejadian dipercayai berlaku akibat kecuaian apabila pintu masjid tidak dikunci selain kawasan tersebut tidak dipantau secara berkala sehingga membuka ruang kepada kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, masalah kecurian dan kerosakan bangunan kerajaan di kawasan Maludam bukan perkara baharu, malah kini dilihat semakin berleluasa sehingga membimbangkan masyarakat setempat sekiranya tiada kesedaran bersama dalam menjaga kemudahan awam yang disediakan kerajaan.

Tambah beliau, Pusat Khidmat N.28 Lingga memandang serius perkara itu dan tidak akan berdiam diri sekiranya individu yang terlibat berjaya dikenal pasti.

“Tindakan sewajarnya akan diambil melalui saluran serta pihak berkuasa berkaitan demi memastikan kejadian seperti ini tidak terus berulang dan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut menyeru kerjasama semua pihak termasuk penduduk setempat agar bersama-sama memantau dan menjaga kemudahan awam demi manfaat rakyat serta generasi akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Gawai kini jadi medium perkukuh perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.