Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Masih terlalu jauh iktiraf Taliban – Biden
  • GLOBAL

Masih terlalu jauh iktiraf Taliban – Biden

Utusan Sarawak 4 years ago
MASIH JAUH… Presiden Joe Biden mengatakan bahawa belum tiba masanya untuk AS mengiktiraf Taliban dalam menguasai Kabul. • Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Joe Biden pada Isnin berkata, belum tiba masanya dan ‘masih terlalu jauh’ untuk Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kumpulan Taliban, yang menguasai Kabul pertengahan Ogos lalu selepas pengunduran AS, lapor Agensi Anadolu (AA).

Biden berkata demikian kepada wartawan di Rumah Putih.

Pada taklimat Khamis lalu, setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki berkata AS enggan terburu-buru dalam mengiktiraf Taliban dan akan menilai “tindakan mereka”.

Pada 31 Ogos, AS mengumumkan tamatnya operasi membawa keluar tenteranya dari Afghanistan, sekali gus mengakhiri peperangan yang disifatkan terpanjang dalam sejarah Amerika.

Dua minggu sebelum tentera AS selesai berundur, Taliban menawan Kabul, menyebabkan rakyat panik dan ribuan orang berpusu-pusu ke lapangan terbang di bandar raya itu untuk melarikan diri.

Kira-kira 130,000 orang, termasuk warga Amerika dan Afghanistan, telah dibawa keluar dari negara ini yang dilihat sebagai antara operasi pemindahan besar-besaran. – Bernama

Continue Reading

Previous: Singapura benarkan pesawat Boeing 737 Max beroperasi
Next: Rakyat Malaysia di Guinea selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.