Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masazizul, Dayang Nur Afira johan Tilawah al-Quran peringkat Bahagian Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

Masazizul, Dayang Nur Afira johan Tilawah al-Quran peringkat Bahagian Sri Aman

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah merakamkan gambar bersama kesemua pemenang Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 1448H/2026M. Foto: Masjid Bandar Sri Aman

SIMANGGANG: Masazizul Suhaili dan Dayang Nur Afira Abang Mohammad dinobatkan sebagai johan kategori qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan kedua-dua peserta mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat seterusnya selepas mempamerkan bacaan al-Quran yang cemerlang dari aspek tajwid, taranum serta penghayatan ayat-ayat suci sepanjang pertandingan.

Bagi kategori qari, Ahmad Kawi Kipli muncul naib johan manakala Awang Abdul Shukri Awang Boni menduduki tempat ketiga. Dalam kategori qariah pula, Sharifah Rohana Wan Zain meraih tempat kedua sementara Rabiah Kinchong di tempat ketiga.

DAYANG Noorazah menyampaikan hadiah kepada Masazizul Suhaili yang muncul johan kategori qari. Foto: Masjid Bandar Sri Aman

Empat peserta lain iaitu Awang Sahpri Awang Halil, Muhamad Hakimi Shahrin, Ramli Salleh dan Noor Nazili Jimi menerima hadiah saguhati sebagai penghargaan atas penyertaan mereka.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang turut menyampaikan amanat kepada peserta dan hadirin mengenai kepentingan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan serta terus memperkukuh penghayatan terhadap kitab suci itu.

DAYANG Noorazah menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Afira Abang Mohammad yang muncul johan kategori qariah. Foto: Masjid Bandar Sri Aman

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman merupakan program tahunan yang bertujuan memartabatkan syiar Islam, menggalakkan penghayatan al-Quran serta mencungkil bakat qari dan qariah untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Turut hadir Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhyiddin, Temenggong Mohd Shah Achang, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis sahkan lelaki hilang 10 hari ditemui selamat
Next: Jambatan kaca Batu Kawa bakal hubungkan Kampung Rantau Panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.