Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masakan warisan berpotensi tarik pelancong
  • TEMPATAN

Masakan warisan berpotensi tarik pelancong

Utusan Sarawak 4 years ago
MEMERHATI DAN BELAJAR… Dato Sri Nancy Shukri memerhati cara memasak masakan warisan semasa Program Pertandingan Resipi Warisan Batang Sadong Peringkat Akhir di Dewan Mesra Simunjan, baru-baru ini

SIMUNJAN: Produk masakan warisan Simunjan memiliki potensi untuk menarik lebih ramai pelancong dan menjadi tarikan produk pelancongan baru di daerah tersebut.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri, masakan warisan dari daerah tersebut mempunyai nilai warisan budaya yang mampu memberi peluang kepada rakyat di daerah tersebut menjana pendapatan.

“Masakan warisan tersebut dapat merancakkan kegiatan ekonomi dan menjana pendapatan penduduk menerusi aktiviti pelancongan.

“Kita mahu membantu rakyat untuk mewar-warkan, supaya mereka boleh menyertai aktiviti ekonomi di kawasan Simunjan dan selain daripada itu mereka juga boleh menyebarkan ke luar kawasan Simunjan, Sarawak dan seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan resipi-resipi masakan warisan tersebut juga akan dibukukan untuk menjadi rujukan untuk orang ramai.
“Resipi masakan warisan tersebut juga akan dibukukan untuk menjadi rujukan terutamanya kepada generasi muda.

“Ini merupakan langkah permulaan kerana kita ingin melatih masyarakat, bagi membuktikan bahawa bila buku tersebut diterbitkan, ia akan menjadi rujukan kepada orang lain terutamanya kepada generasi muda supaya resipi warisan kita tidak akan pupus,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Brokoli, kubis bunga Sarawak berpotensi besar
Next: Projek pembangunan DUN Kakus berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.