Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Marseille kecewa, Liverpool menang 3-0
  • SUKAN

Marseille kecewa, Liverpool menang 3-0

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN Liverpool meraikan kemenangan ke atas Olympique Marseille di Stade Vélodrome, 21 Januari 2026. Foto AFP

MARSEILLE: Harapan Marseille untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menerima tamparan hebat apabila mereka dibelasah Liverpool 3-0 di Stade Vélodrome, awal pagi tadi.

Kemenangan bergaya itu meletakkan Liverpool selangkah lagi untuk layak automatik ke pusingan 16 terakhir, dengan Mohamed Salah kembali mengetuai jentera serangan The Reds.

Dominik Szoboszlai membuka tirai jaringan tepat di penghujung separuh masa pertama, sebelum kesilapan penjaga gol Geronimo Rulli menghadiahkan gol kedua kepada Liverpool.

Cody Gakpo kemudian melengkapkan kemenangan 3-0 pada masa kecederaan.

Skuad kendalian Arne Slot kini tidak tewas dalam 13 perlawanan berturut-turut dan melonjak ke tangga keempat carta liga 36 pasukan.

Kemenangan ke atas Qarabag di Anfield minggu depan bakal mengesahkan tempat Liverpool dalam kelompok lapan terbaik.

“Kami sentiasa bercakap tentang membina momentum selepas setiap kemenangan,” kata kapten Liverpool, Virgil van Dijk.

“Sekarang fokus kepada pemulihan, kemudian bersedia sepenuhnya untuk aksi menentang Bournemouth. Tiada masa untuk leka.”

Sebaliknya, persembahan hambar anak buah Roberto De Zerbi menyaksikan Marseille kekal di tangga ke-19 dan kini wajib menang ke atas Club Brugge dalam perlawanan terakhir liga jika mahu mara ke pusingan play-off kalah mati.

Salah tampil dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak November lalu, selepas membantu Mesir mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Sebelum ini, beliau digugurkan daripada skuad susulan kenyataan pedas yang mendakwa kelab meletakkannya “di bawah bas”.

Szoboszlai pecah kebuntuan

Liverpool bermula agresif apabila Joe Gomez hampir menamatkan penantian gol sulungnya, manakala percubaan Alexis Mac Allister pula hanya sedikit tersasar.

Gol Hugo Ekitike untuk Marseille dibatalkan kerana ofsaid, sebelum Amine Gouiri memaksa Alisson Becker melakukan penyelamatan cemerlang.

Gol pembukaan akhirnya hadir pada masa tambahan separuh masa pertama apabila Szoboszlai menyempurnakan sepakan percuma dengan tenang menewaskan Rulli.

Marseille cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun peluang demi peluang disia-siakan termasuk rembatan Ekitike yang menggegarkan palang.

Liverpool mengesahkan kemenangan pada minit ke-72 apabila hantaran rendah Jeremie Frimpong tertampan ke gawang sendiri oleh Rulli.

Gakpo kemudian menambah jaringan ketiga pada saat akhir permainan untuk menutup malam gemilang buat The Reds. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Trofi Piala Dunia “kembali” ke Malaysia selepas 12 tahun
Next: Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.