Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim tahan bot tunda tanpa lesen di Kuala Miri
  • JENAYAH

Maritim tahan bot tunda tanpa lesen di Kuala Miri

Utusan Sarawak 4 months ago

DITAHAN... Bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Miri  pada kedudukan 3.6 batu nautika dari barat laut Kuala Miri. Foto Zon Maritim Miri.  

MIRI: Padah beroperasi tanpa lesen, sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Miri  pada kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika dari barat laut Kuala Miri.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar b Saad berkata, bot tunda berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 3.0 sekitar pukul 6.10 petang semalam.

“Bot itu ditahan atas kesalahan beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal memastikan lesen disimpan di atas bot ketika diperiksa.

“Bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nahkoda berumur 49 tahun beserta dua anak kapal warga negara Indonesia berumur lingkungan antara 37 sehingga 42 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairol berkata,  bot tunda telah diiringi ke Pusat Tahan Vesel dan kes disiasat di bawah Kaedah Bot 1953. 

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia. 

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut boleh disaluran ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak 082-432 544 / 082-432 016 atau melalui talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: PGA bongkar pembalakan haram di Julau, 6 lelaki ditahan
Next: Disappointed netizen urged vigilance of neighbourhood security

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.