Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim Bintulu tahan dua warga asing, bot tunda gagal pamer lesen sah
  • JENAYAH

Maritim Bintulu tahan dua warga asing, bot tunda gagal pamer lesen sah

Utusan Sarawak 1 month ago
SEBUAH bot tunda ditahan di perairan Bintulu kerana gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda kerana gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.

Bot tunda itu ditahan di kedudukan 5 batu nautika barat laut Kuala Kemena di sini, sekitar 12.10 tengah hari tadi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, berkata bot ronda Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda berwarna putih yang sedang belayar menuju laut lepas semasa Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda tersebut dikendalikan oleh nakhoda warga Myanmar dan seorang kru warga India, masing-masing berusia 28 dan 27 tahun,” katanya.

DUA individu iaitu nakhoda warga Myanmar dan seorang kru warga India ditemui di atas bot tunda berkenaan.

Bot tunda disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Lembaga Perlesenan Perkapalan Dalam Negeri 1981 iaitu Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang sah tidak disimpan di atas kapalyang memperuntuk hukuman kompaun sebanyak RM5,000.

Bot tunda berserta dokumen seterusnya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Suffian turut mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi undang-undang sebelum menjalankan sebarang aktiviti di laut. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan mengenai aktiviti mencurigakan boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Police arrest 21 year old robbery suspect in Demak Laut
Next: Fleeing suspect arrested after jumping from third floor during drug raid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.