Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MAQIS rampas 1,780kg daging lembu dari Australia
  • NASIONAL

MAQIS rampas 1,780kg daging lembu dari Australia

Utusan Sarawak 1 year ago
Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging.

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Jumaat lepas, kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging Chilled Beef Boneless dan Bone In itu dibawa masuk oleh syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah daripada MAQIS.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat mengelirukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Abdul Rashid Hussain dilantik Pengerusi Lembaga TH baharu
Next: Kerajaan peruntuk RM255 juta bantu pekebun kecil getah terjejas akibat musim tengkujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.