Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Manyin dahului senarai penerima anugerah
  • TEMPATAN

Manyin dahului senarai penerima anugerah

Utusan Sarawak 5 years ago
TAHNIAH… Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyematkan darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar kepada Dato’ Sri Michael Manyin Jawong sempena Hari Jadi Ke-84 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, di Kuching semalam.

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Jadi Ke-84 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, semalam.

Manyin yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu dianugerahkan darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut dianugerahkan darjah yang sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ADUN Stakan Dato Sri Mohammad Ali Mahmud.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ADUN KATIBAS Datuk Ambrose Blikau Enturan dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato Sri Affendi Buang pula menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Sementara itu Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Mohd Shahabuddin Omar dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk manakala Datuk Dr Othsman Hassan dianugerahkan (PGBK Kehormat).

Enam penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu masing-masing adalah Dato Dr Chai Khin Chung, Ismail Mohamad Hanis, Buckland Bangik, Ronnie Edward, Rodziah Morshidi dan Awang Suhaili @ Suhaidi Ledi.

Seramai 19 lagi individu dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato iaitu Westmoreland Edward Palon, Chai Moi Fong, Dr Jamilah Hashim, Ahmadi Yusoff, Sim Kiang Chiok, Azizi Morni, Dr Madeline Berma, Ahmad Shafiee Yaman, Tan Guek Kee, Tan Joo Poi, Datin Amar Doreen Mayang @Doreen Lee Mei Hua, Puan Sri Datin Amar Corinne Bua Nyipa, Dr Philip Raja, Michael Sim Kiam Hui, Keripin Nangkai, Temenggong Ang Keng Su, Bobby Ting Sie Ching, Awangku Jawa @ Pengiran Jawa Pengiran Amzah, Ting Choon Hua dan Professor Linda Kristjanson (PSBS Kehormat).

Sementara itu lima dianugerahkan Johan Bintang Sarawak (JBS), Johan Bintang Kenyalang (15), Johan Perkhidmatan Cemerlang (5), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (17), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Posthumous)(1), Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (17), Pegawai Bintang Sarawak (41) Pegawai Bintang Sarawak (Posthumous)(1), Pegawai Bintang Kenyalang (113), Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak)(148) Ahli Bintang Sarawak (168), Ahli Bintang Kenyalang (165), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa)(229) dan Bentara Bintang Sarawak (228).

Oleh NUR AIN OTSMAN / JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Tun Taib sambut majlis kesyukuran
Next: Produk hasil laut berpotensi di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.