Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Manulife Investment lancar Global Low Volatlity Equity Fund
  • BISNES

Manulife Investment lancar Global Low Volatlity Equity Fund

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Pegawai Eksekutif Manulife Investment,Jason Chong

KUALA LUMPUR: Manulife Investment Management (M) Bhd melancarkan dana sokongan runcit, Manulife Global Low Volatility Equity Fund, untuk menyediakan peningkatan modal dan penyertaan dalam pasaran ekuiti global kepada pelabur Malaysia dengan horizon pelaburan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jason Chong berkata turun naik ketara dalam pasaran ekuiti susulan pandemik dijangka terus mempengaruhi hala tuju pasaran dan pelabur hanya boleh mengurangkan risiko berkaitan dengan mencari peluang seterusnya dan lebih luas.

“Mengambil perspektif global dan menumpukan kepada kejayaan jangka panjang syarikat yang berpotensi membolehkan para pelabur mengelakkan gangguan pasaran jangka pendek dan terus berusaha mencapai objektif kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dana  tersebut melabur sekurang-kurangnya 95 peratus daripada nilai aset bersihnya ke dalam SICAV I – Low Volatility Equity Portfolio (AB SICAV I) Alliance Bernstein.

AB SICAV I merupakan dana terbuka yang didaftarkan di Luxembourg, yang mematuhi pendekatan berdisiplin dan falsafah pelaburan mengenai kualiti, kestabilan dan harga (QSP) — melabur dalam syarikat berkualiti tinggi dan stabil dengan harga yang tepat untuk mengatasi pasaran dan mengurangkan kesan kecenderungan menurun.- Bernama

Continue Reading

Previous: UDA peruntuk insentif RM10 juta bantu penyewa
Next: Tindakan susulan dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.