Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa terjatuh bot ekspres masih gagal ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

Mangsa terjatuh bot ekspres masih gagal ditemui

Utusan Sarawak 1 month ago
TERUSKAN OPERASI… Anggota bomba semasa melakukan operasi SAR mangsa terjatuh ke dalam Sungai Paloh, hari ini. Foto PGO JBPM Sarawak 

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang bot ekspres yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Paloh, Tanjung Manis pada petang semalam masih belum menemukan sebarang petunjuk.

Mangsa, Awang Indera Awang Mahmud, 45, dipercayai terjatuh dari bot ekspres berkenaan sekitar 1.20 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari kedua itu disambung pada 8.00 pagi tadi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis bersama beberapa agensi lain.

“Operasi pencarian diteruskan menggunakan bot penyelamat dengan teknik pencarian permukaan air ke arah hulu dan hilir Sungai Paloh dalam radius lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, pencarian turut diperluaskan ke Sungai Bangau dan Kampung Kedang dengan bantuan beberapa agensi lain.

Namun hingga kini, masih tiada tanda mangsa ditemui.

“Operasi ditangguhkan pada 5.00 petang berikutan faktor cuaca semakin gelap dan akan disambung semula pada 8.00 pagi esok,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan keperluan ringankan beban penduduk kurang berkemampuan
Next: Banjir: 32 individu 5 rumah terjejas dipindahkan ke tempat selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.