Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa kebakaran Rh. Lanting Depong terima bantuan
  • TEMPATAN

Mangsa kebakaran Rh. Lanting Depong terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
BEBAN… Datuk John menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban penduduk Rumah Lanting.

TATAU: Kebakaran yang menimpa Rh Lanting Depong, Nanga Gun, Sungai Arip, Tatau pada 18 Julai lalu turut mendapat perhatian Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus telah menyumbangkan bantuan tunai sebanyak RM1000 sepintu kepada ketua isi rumah untuk membeli barangan keperluan.

“Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban dan kita bersimpati dengan musibah yang menimba dan berharap penduduk bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turun padang melihat keadaan mangsa kebakaran di Rumah Lanting, semalam.

Lawatan tersebut bagi meninjau sendiri mangsa yang terlibat dengan kejadian kebakaran tersebut yang seramai 18 pintu dan 135 orang mangsa dimana mereka  yang telah kehilangan tempat tinggal benda dan harta benda.

Menurutnya, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap mereka yang telah terlibat dengan musibah kebakaran dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka termasuk melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Selangau.

Dalam ucapannya beliau juga mengumumkan akan membantu dari segi peruntukkan untuk membersihkan dan menembok tapak rumah panjang yang baharu nanti.

Sehubungan itum, beliau meminta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) rumah panjang Rh Lanting mengemaskini profail kampung yang lengkap dan terkini untuk dihantar ke Pejabat Daerah Selangau bagi memudahkan penyaluran bantuan termasuk permohonan pinjaman perumahan dari HDC.

“Saya menyeru orang awam termasuk persatuan dan Pertubuah Bukan Kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu penduduk untuk menyumbang pakaian dan barang makanan”.

“Mereka bolehlah berhubung dengan pejabat Daerah Selangau, Pusat Khidmat ADUN N60 Kakus atau berhubung terus dengan JKKK Rh Lanting,” katanya.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: GPS komited bangunkan Sarawak
Next: Covid-19: 2,300 poster dipasang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.