Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Manfaatkan pertanian moden jana pendapatan
  • BISNES

Manfaatkan pertanian moden jana pendapatan

Utusan Sarawak 5 years ago
AMANAT… Majang Renggi pada Majlis Penutupan Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 2020.

BINTULU: Penduduk di negeri ini khususnya bagi kawasan Samalaju ini digesa untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian moden untuk menjana pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata, ini kerana sektor terbabit mempunyai potensi cerah selaras dengan Samalaju menjadi kawasan industri utama negara.

“Permintaan terhadap hasil pertanian khususnya berasaskan makanan sudah pasti mendapat permintaan tinggi di Bintulu dan Samalaju memandang kawasan ini menjadi tumpuan migrasi untuk mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 2020 di Rumah Jaraw, Sungai Plan Bintulu anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu.

Menurutnya, peningkatan jumlah penduduk di kawasan ini ketara memandangkan Kidurong dan Samalaju merupakan kawasan industri minyak dan gas serta menempatkan industri berat termasuk mempunyai dua perlabuhan laut dalam iaitu Perlabuhan Bintulu dan Perlabuhan Samalaju.

Katanya, Kerajaan Sarawak membangunkan hab Petrokimia di Kidurong untuk industri gas dan minyak dan menjangkakan dalam masa terdekat mampu mewujudkan sekitar 70,000 peluang pekerjaan.

“Saya berharap penduduk di Samalaju bijak memanfaatkan peluang ini khususnya mempersiapkan diri dengan pertanian sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya hubungan erat perlu dijalinkan di antara masyarakat dengan Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu serta agensi kerajaan yang lain dalam usaha mendapatkan input serta kursus yang berkaitan.

“Kerajaan mengadakan program seumpama ini menerusi Jabatan Pertanian amatlah bertepatan dalam usaha membekalkan ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat,” katanya. Seramai 150 peserta menghadiri program berkenaan.

Turut hadir, Temenggong Utong Sigan, Penghulu Man Imbak dan Pemangku Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu, Anggang Jimbun.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Grab perluas rangkaian perkhidmatan
Next: Kontrak hadapan MSM dijangka diniagakan lemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.