Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Manfaatkan laman sesawang Tourism Malaysia
  • NASIONAL

Manfaatkan laman sesawang Tourism Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2020-2022 hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2020-2022 semalam.•Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan dalam negara disaran memanfaatkan sepenuhnya pengunaan laman sesawang khas Tourism Malaysia untuk mempromosi tawaran dan pakej pelancongan tempatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sejak diperkenalkan Jun lepas, sejumlah 103 tawaran dan 107 pakej menarik pelancongan domestik dipromosi melalui laman sesawang www.malaysia.travel itu.

“Saya harap penggiat industri pelancongan dan kebudayaan mengambil peluang dan manfaatkan laman sesawang ini sebagai platform merancakkan lagi sektor pelancongan domestik,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan Tahun 2020–2022 di sini semalam.

Terdahulu, MOTAC memberi pengiktirafan kepada 42 pengusaha industri pelancongan yang memenuhi syarat standard Asean bagi tahun 2020-2022.
Dalam pada itu, Nancy turut berharap semua penerima terus mengamalkan Standard Pelancongan ASEAN setiap masa sebagai nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada.

“Saya yakin dan percaya, faktor penarikan pelancong pada masa ini lebih menitikberatkan soal kualiti produk atau perkhidmatan… oleh  itu  pengusaha industri perlu mengukuhkan lagi ‘delivery services’  dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah Tan Sri Wan Mokhtar selamat dikebumikan
Next: Malaysia mahu perubahan pada PBB tamatkan konflik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.